Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955

Kabinet Persekutuan Tanah Melayu 1955 merupakan jemaah menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu yang diumumkan pada 1 Ogos 1955. Kabinet ini dibentuk semasa Britiah masih lagi menjajah Tanah Melayu. Kabinet ini dibentuk selepas parti Perikatan memang besar 51 dari 52 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan raya umum 1955 di seluruh Tanah Melayu pada 27 Julai 1955.Kabinet Jemaah Menteri ini masih lagi mengandungi pegawai tinggi British. Kesemua 15 jemaah menteri ini diumumkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald Mac Gillivary pada 4 Ogos 1955 di King's House, Kuala Lumpur setelah Raja-raja Melayu mengesahkannya mengikut fasa Perjanjian Persekutuan. 15 jemaah menteri ini mengangkat sumpah taat setia menjalankan tugas dan akuan rahsia pada 9 Ogos 1955 di hadapan Ketua Hakim Mr. Prethaser.